Cerita bermula di rumah Suneo dimana Suneo menunjukkan kuku dinosaur. Suneo memberi peluang bagi Giant dan Shizuka untuk melihat secara teliti tetapi bukan Nobita. Oleh itu, Nobita berhasrat untuk mencari fosil dinosaur dengan sendiri.
Nobita mula mencari melalui bukit tetapi akhirnya dihukum mengorek lubang oleh seseorang akibat mengotorkan tempat. Pada masa itulah Nobita terjumpa telur dinosaur.
Di rumah Nobita, dia menggunakan kain masa untuk memastikan yang telur itu telur dinosaur. Ia terbukti benar. Seterusnya Nobita "mengeramkannya".
Keesokan harinya, telur itu menetas dan lahirlah anak dinosaur. Doraemon menjelaskan kepada Nobita bahawa ia adalah sejenis plesiosaur. Nobita lalu memberikan nama 'Dino' kepada dinosaur tersebut.
Nobita tidak mahu menunjukkan dinosaur yang masih kecil kepada kawan-kawannya, jadi Doraemon memberi sesuatu ubat untuk menjadikannya besar dalam masa beberapa hari. Apabila Dino besar, dia dihantar ke tasik berhampiran.
Hari telah tiba dan Nobita pergi memanggil kawan-kawannya tetapi tiada satu pun yang ada di rumah mereka. Muncul pula berita berkenaan dinosaur di tasik. Oleh itu, Doraemon terpaksa bercadang untuk hantar Dino ke zaman dinosaur. Apabila Nobita berseorangan dibiliknya, muncul seorang lelaki yang berpakaian hitam inginkan dinosaur itu. Pemuda itu pergi sebaik sahaja Nobita menolak. Nobita tidak ada pilihan melainkan mengikut rancangan Doraemon.
Doraemon mengecilkan Dino dengan lampu pengecilnya dan bersama Nobita menaiki mesin masa untuk pergi ke zaman lampau. Di dalam perjalanan, mereka diserang oleh pemuda berpakaian hitam. Pemuda itu melarikan diri sebaik sahaja ternampak kamera polis masa. Doraemon dan Nobita tiba ke masa lampau dan meninggalkan Dino disitu dengan penuh emosi.
Seterusnya, di rumah Nobita, Doraemon memuji ketabahan Nobita. Tiba-tiba, Nobita dipanggil oleh Giant dan Suneo ke padang untuk memaksanya memakan mi melalui hidung tetapi Nobita sempat melarikan diri dan bersembunyi dirumah Shizuka. Nobita amat marah apabila mereka tidak percaya yang dia membela dinosaur lalu memanggil mereka ke rumahnya. Doraemon menunjukkan Dino melalui TV masa kepada Nobita, Shizuka, Giant dan Suneo. Dino didapati dibuli oleh dinosaur lain. Doraemon mendapati bahawa Dino bukan dihantar ke tanah awal Jepun tetapi sebaliknya dihantar ke tanah awal Amerika. Oleh itu Doraemon, Nobita, Shizuka, Giant dan Suneo menaiki mesin masa untuk kembali ke masa lampau tetapi mesin masa mengalami masalah menyebabkan mereka terbabas kebetulan di tempat mereka tinggalkan Dino.
Di situ, Nobita dapat semula bertemu dengan Dino dan berenang dengan rakan-rakannya sementara Doraemon memeriksa kerosakkan pada mesin masa.
Pada malam itu, mereka bersuka ria kecuali Doraemon. Setelah takut dengan kemunculan Tyranosaurus, mereka ingin balik tetapi Doraemon memberi tahu bahawa mesin masa telah rosak dan cara untuk balik ke masa depan ialah dengan mencari tempat di mana laci meja Nobita itu sepatutnya di situ. Malangnya mereka terpaksa menjelajah dari tanah Amerika ke tanah Jepun. Masalahnya, buluh terbang itu hanya dapat bertahan selama 8 jam tetapi jika direhatkan boleh bertahan lama. Oleh kerana pada masa itu tanah Amerika dan tanah Jepun bersambung, maka mereka merancang strategi berikut: Sehari terbang selama 4 jam, menjelajah melalui kaki selama beberapa jam dan selebihnya berehat di khemah berbentuk lampu. Dino dikecilkan melalui lampu pengecil dan dimasukkan ke dalam kotak.
Penjelalahan mereka bermula. Sepanjang pengembaraan mereka, mereka bertemu dengan pelbagai jenis dinosaur. Mereka diserang oleh Tyranosaurus lagi tetapi mujur diselamatkan oleh Doraemon melalui kuih bijian momotaro.
Setelah beberapa hari menjelajah, tiba-tiba buluh terbang Nobita menghadapi masalah. Tambahan pula, mereka diserang oleh dinosaur jenis burung. Mujurlah mereka diselamatkan oleh pasukan dimana diketuai oleh pemuda berpakaian hitam yang inginkan Dino. Doraemon mendapati bahawa mereka adalah pasukan pemburu dinosaur yang dikehendaki polis masa. Pemuda itu memberi tawaran untuk memberi Dino kepadanya dan mereka dihantar pulang. Pemuda dan pasukannya pergi selepas tawaran itu.
Pada malam itu mereka merancang untuk mencari tempat persembunyian musuh selain menolak tawaran musuh. Oleh itu, Doraemon, Nobita, Shizuka, Giant dan Suneo membuat replika mereka sendiri dengan menggunakan tanah liat. Sementara itu, pihak musuh meminta bantuan terhadap pemburu dinosaur terhandal.
Esoknya, replika itu digunakan untuk mengumpan musuh sementara Doraemon dan rakan-rakannya mengayuh rakit di tebing sungai. Malangnya replika itu tidak bertahan lamadan pihak musuh berjaya mengesan mereka. Doraemon dan yang lain diserang menyebabkan mereka terpisah. Doraemon dan Nobita terjatuh melalui air terjun manakala Shizuka, Giant dan Suneo ditangkap musuh.
Pihak musuh bersembunyi di kawasan yang dibina di bawah tanah. Pihak musuh mengetahui bahawa mereka ingin mencuri mesin masa mereka. Oleh itu, pihak musuh merancang sesuatu.
Sementara itu, Doraemon dan Nobita sedar atas bantuan Dino dan pergi mencari kawasan musuh. Mereka mengecilkan Dino dan dimasukkan ke dalam poket seluar Nobita.
Doraemon dan Nobita berjaya menjumpai kawasan musuh dan memasukinya. Mereka telah sampai ke gelanggang pertarungan dinosaur dan menjumpai Shizuka, Giant dan Suneo diikat. Tetapi mereka terpaksa berhadapan dengan Tyranosaurus yang telah dibawa musuh.
Sementara itu, polis masa berjaya mengesan tempat persembunyian musuh lalu pergi ke tempat itu.
Di gelanggang itu, Doraemon dan rakannya baru tahu bahawa dinosaur itu pernah memakan kuih bijian momotaro oleh itu dinosaur menuruti perintah Doraemon. Doraemon dan Nobita menaiki kepala dinosaur dan menyerang pihak musuh. Doraemon menggunakan kain pemantul untuk memantul tembakan musuh. Pihak musuh akhirnya mengaku kalah apabila mereka dikelilingi polis masa dan Doraemon.
Nobita akhirnya terpaksa meninggalkan Dino dengan penuh emosi sebelum balik ke masa depan dengan bantuan polis masa.
Shizuka, Giant dan Suneo balik dengan kegembiraan. Begitu juga dengan Doraemon dan Nobita.
Cerita berakhir apabila Nobita menjumpai bola yang Dino selalu main. Nobita akhirnya tidur bersama dengan bola itu.
0 komentar:
Posting Komentar